FILEM RADEN MAS
Filem Raden Mas merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1959. Filem Raden Mas diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Raden Mas diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1959. Mula ditayangkan pada 19 Ogos 1959.
RINGKASAN
Pengiran Agung berkahwin dengan Mas Ayu, seorang penari namun perkahwinan mereka ditentang oleh Raden Manosekoro dan Raden Mas Ratu mengutuskan Pengiran Agung memburu kijang. Sekembalinya Pengiran Agung daripada berburu, baginda mendapati istananya terbakar dan Mas Ayu terbunuh. Pengiran Agung mengambil keputusan untuk membawa diri bersama puterinya, Raden Mas yang berjaya diselamatkan. Raden Mas dibesarkan seperti orang kebanyakan tanpa mengetahui asal-usulnya. Satu hari, Raden Mas terserempak dengan seorang puteri raja bernama Tengku Halijah. Raden Mas dipukul kerana mencerobohi kawasan larangan istana diarahkan oleh Tengku Halijah. Apabila mengetahui siapa sebenarnya Raden Mas, Sultan mengahwinkan Pengiran Agung dengan puterinya sebagai menebus ke salah an. Raden Mas yang dahagakan kasih sayang ibu gembira dengan perkahwinan itu sebaliknya Tengok Halijah malah memusuhi Raden Mas. Apakah kesudahan nasib Raden Mas?
PELAKON
- M.Amin
- Latifah Omar
- Nodin Ahmad
- Siput Sarawak
- Siti Tg. Perak
- Mahmood June
- Sharif Medan
- Umi Kalthoum
- Mustapha Maarof
Comments
Post a Comment